STAY WITH US

header ads

Melihat Hilal (Anak Bulan) Untuk Menentukan Awal Bulan Ramadhan, Syawal Dan Zulhijjah


Melihat(mencerap) hilal adalah merupakan suruhan agama untuk menentukan awal bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah.

Ini berdasarkan hadis oleh Nafi’ dari Ibnu Umar, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda tentang bulan Ramadhan, maka sabdanya :

"لاتصوموا حتى ترو الهلال ولاتفطروا حتى
تروه ,فإن أغمى عليكم فاقدروا له".

“Janganlah kamu berpuasa sehingga kamu melihat hilal (bulan Ramadhan) janganlah kamu berbuka (berhari raya) sebelum kamu melihat hilal. Jika kamu tertutup/terhalang dari pandanganmu (disebabkan awan), maka hitunglah baginya(hisab)”. - Riwayat Muslim.

Berdasarkan hadis ini, para ulama fiqh merumuskan bahawa wujud atau tidaknya anak bulan menjadi satu sebab untuk berpuasa dan berhari raya.

Atas sebab ini bila sampai masa kita hendak berpuasa di bulan Ramadhan dan berhari raya di bulan Syawal dan Zulhijjah akan ditentukan dengan proses melihat hilal.

Para ulama juga menetapkan bahawa hukum melihat anak bulan ini ialah Fardhu Kifayah.

Di Negeri Johor, Jawatankuasa Hilal Negeri Johor telah dilantik yang berperanan untuk melakukan proses cerapan hilal dan mengesah serta melaporkan dapatan cerapan hilal kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia terutama ketika hilal bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah.

Hanya jawatankuasa ini yg berautoriti untuk mengesahkan dapatan cerapan hilal di Negeri Johor.

Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Sohibus Samahah Mufti Negeri Johor.

(Sumber: Page Rasmi Jabatan Mufti Negeri Johor)

Post a comment

0 Comments