STAY WITH US

header ads

Keluarga Di Raja Saudi Positif, Raja Salman Kuarantinkan Diri


Covid-19 tidak mengenal usia ataupun pengkelasan seseorang manusia. Sesiapa sahaja berisiko untuk dijangkiti virus ini tidak kira latar belakang mereka. Terbaru, diberitakan, sebanyak 150 orang keluarga diraja kerajaan Saudi dilaporkan berisiko dijangkiti virus Covid-19.

Keluarga kerajaan Saudi dianggarkan memiliki sekitar 15,000 anggota  kekeluargaan diraja. Di antara yang telah disahkan positif virus tersebut adalah Gabenor ibu kota Riyadh yang juga merupakan Putera Raja Saudi, Faisal bin Bandar bin Abdulaziz Al Saud.

Putera Faisal sekarang dalam rawatan khusus oleh hopsital kerajaan tersebut. Doktor yang merawat keluarga kerajaan Saudi juga sedang mempersiapkan 500 katil dan tempat tidur baru untuk persediaan kemasukan pesakit yang dijangka positif.

Sementara itu Raja Salman dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman (MBS) telah mengkuarantinkan diri untuk menghindari wabak Covid19 ini. Raja Salman (84) dikatakan mengasingkan diri di sebuah istana pulau dekat kota Jeddah di Laut Merah.

Post a comment

0 Comments