STAY WITH US

header ads

Arak Bukan Sektor Pembuatan Kritikal Yang Layak Diberi Pengecualian - Nasruddin Tantawi



Tanpa Menafikan Hak Non Muslim Untuk Minum Arak, Namun Ia Bukan Keperluan Asasi (Essential)

Oleh : Nasrudin bin Hassan
https://m.facebook.com/serbandililit

1. Berlegar di media sosial, surat kebenaran kepada kilang arak untuk terus beroperasi meskipun berdepan dengan musim Perintah Kawalan Pergerakan.

2. Saya belum pasti apakah surat yang viral itu benar atau tidak, justeru belum ada kenyataan rasmi kerajaan memperakuinya. Namun terdapat dakwaan bahawa Syarikat Arak berkenaan telah mengesahkan bahawa surat itu benar.

3. Jika ia benar, maka saya yakin umat Islam khasnya akan tersinggung dan membantah pengecualian tersebut.

4. Sementara PAS yang kini menjadi sebahagian dari kerajaan, pastinya akan mengambil peranan yang wajar agar kerajaan menimbang semula serta menarik balik pengecualian tersebut.

5. Justeru arak bukan minuman utama kepada rakyat sehingga ia boleh memudaratkan ekonomi negara dan makan minum rakyat di saat negara berdepan PKP ini.

Dapatkan Redha Allah, Bukan Murka-Nya

Sekian

Post a comment

0 Comments