STAY WITH US

header ads

Mufti Wilayah dilantik Menteri Agama Yang Baharu


Satu kejutan paling besar dalam kabinet Perdana Menteri ke 8, Tan Sri Muhyiddin Yasin apabila melantik Mufti Wilayah Persekutuan, Dato' Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Hal Ehwal Agama.

Perlantikan ini secara tidak lansung, Dr Zulkifli tidak lagi menyandang jawatan Mufti Wilayah Perseketuan.

Perlantikan ini semestinya satu kejutan buat rakyat Malaysia kerana nama beliau lansung tidak di sebut sebut sebagai calon menteri bagi kabinet baru Tan Sri Muhyiddin.

Perlantikan Dr Zulkifli akan menyaksikan tokoh agama tersebut akan dilantik sebagai senator dan seterusnya memegang jawatan Menteri Agama yang menjadi antara portfolio penting dalam gerak kerja agama Islam di Malaysia.

Pengumuman tersebut diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin pada jam 5.20 petang hari ini Isnin 9 Mac 2020.

"Hasil ijtihad kepada Allah dan kemaslahatan negara berikut saya umumkan senarai Menteri dan Timbalan Menteri kabinet yang baharu" kata Perdana Menteri sebelum mengumumkan senarai kabinetnya.

Post a comment

0 Comments