Header Ads

Seo Services

Ulasan Lagu Terima Kasih Segalanya Hijjaz


ULASAN LAGU TERIMA KASIH SEGALANYA - HIJJAZ

Setelah sekian lama kumpulan Hijjaz tidak mempertaruhkan lagu baru, kini mereka tampil dengan lagu yang pastinya mengubat hati para peminat.

Kami tidak akan mengulas berkaitan lagu baru ini tetapi apa yang kami rasa menarik atau perlu kami sebut, kami akan sebutkan. Dengarnya, Hijjaz akan mengeluarkan banyak juga single lagu baru tahun ini. Wah terbaik!

Lagu Terima kasih Segalanya, kami boleh kategorikan sebagai lagu yang 'easy listening' dan santai. Tambahan pula, melodinya hasil gubahan Haji Munif Hijjaz, segala iramanya memang tidak lari dari 'style' Munif ataupun nama lainnya Putra Aiman.

Keseluruhannya kami memberikan 4 bintang daripada 5 bintang. Rencahnya cukup untuk memberikan kedamaian kepada halwa telinga. Cuma mungkin tidak cukup kuat untuk memberikan kesan kepada penonton. Apabila melihat jumlah view pun dalam kategori biasa-biasa sahaja.

Mungkin boleh difikirkan kaedah promosi bagi memastikan lagu ini mendapat perhatian pendengar. Bagi peminat Hijjaz, ianya sudah cukup baik.

Cuma bagi kami, di permulaan lagu rangkap pertama tu, semasa part Munif, terjelas sangat Munif 'mengambil nafas' semasa rangkap 'Saat Pertama kali berada di sini'. Emm.. kurang syok sikit.. tapi ok je sebenarnya. So enjoy listening.

#terimakasihsegalanya
#hijjaz
#mahalifastaqim

No comments