STAY WITH US

header ads

Tempoh percubaan jambatan angkat


JAMBATAN angkat (drawbridge) Kuala Terengganu akan mula dibuka kepada orang awam pada jam 7.00 pagi pada 2 hingga 17 Jun 2019.
Pembukaan jambatan ini adalah untuk pentauliahan dan pengujian prestasi jalan dari sudut koordinasi sistem 'signalling' jalan di jambatan dengan sistem trafik di kawasan sekitarnya, dan koordinasi sistem penyuraian trafik. 

Ujian dijalankan pada tarikh ini adalah kerana ia adalah waktu puncak yang akan memberi gambaran sebenar penyuraian trafik apabila projek ini siap sepenuhnya sekali gus memberi keselesaan sempena musim perayaan Aidilfitri. 

Semua jenis kenderaan beroda dibenarkan menggunakan jambatan ini. Namun, kenderaan tidak dibenarkan berhenti.
Pengguna tidak dibenarkan bersiar-siar atau berjalan kaki di atas jambatan ini kerana secara tenikal, jambatan ini masih dianggap sebagai kawasan pembinaan.

Pihak Polis DiRaja Malaysia dan syarikat operator pengurusan jambatan ini akan memastikan aliran trafik berjalan lancar dan keselamatan pemandu sentiasa terjaga di dalam tempoh pengujian ini.
Saya meminta supaya pengguna dapat mematuhi arahan pihak berkuasa.

Setelah tamat pengujian sistem pada 17 Jun 2019, jambatan ini akan ditutup semula kepada laluan trafik bagi pentauliahan komponen lain di dalam projek ini.
Tarikh pembukaan rasmi jambatan angkat ini akan dimaklumkan semula setelah semua kerja dan pentauliahan semua komponen projek diselesaikan.

"Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera"

Sekian, terima kasih.
DR. AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Menteri Besar Terengganu
30 Mei 2019 – HARAKAHDAILY 30/5/2019

Post a comment

0 Comments