Header Ads

Seo Services

Gelisah Yang Baik


GELISAH YANG BAIK


Hati manusia adalah sesuatu yang sentiasa berbolak balik, kadang mantap kadang ragu, kadang tenang kadang gelisah. Gelisah kerana urusan dunia adalah gelisah yang menyeksakan diri dan semestinya kita hindari. 


Gelisah kerana urusan dunia adalah gelisah yang menjerumuskan kita pada kesesatan, misalnya gelisah takut kehilangan jawatan, gelisah takut harta kekayaan berkurang, gelisah tidak ada rezeki dan sebagainya.


Namun, ada gelisah yang baik iaitu gelisah kerana urusan akhirat. Contohnya seperti gelisah takut tidak ditolong Allah Swt., gelisah solat Subuh kesiangan, gelisah kerana tertinggal solat berjamaah, gelisah kerana merasa masih sedikit amal kebaikan, gelisah kerana berbuat maksiat.

 

Inilah gelisah yang positif kerana menandakan fitrah di hati kita masih berfungsi dengan baik, signal yang sentiasa memberi peringatan ketika mana kita jauh dari Allah walau sedikit saja.


Jika gelisah yang seperti ini tidak ada di hati kita maka itu adalah ciri kita sudah terlalu jauh tenggelam dalam lumpur dosa yang hitam pekat, sehingga membuat hati kita tidak lagi peka. Hati kita telah terbiasa dengan dosa, hati kita sudah keras untuk ditembus oleh kesejukan nasihat. Na’udzubillaahi mindzalik!


Oleh kerana itu, kita perlu sentiasa berikhtiar agar memiliki hati yang peka, hati yang sentiasa gelisah sekiranya terasa jauh dengan Allah Swt, hati yang senantiasa memberikan 'alarm' ketika kita tersesat jalan atau terlupa. 


Berbahagialah orang yang memiliki hati seperti ini, kerana inilah hati yang akan dilimpahi ketenangan oleh Allah Swt.



Sumber Asal: http://www.smstauhiid.com/ulama/aagym/gelisah-yang-baik/

No comments